| ]
Buzz It

Business Preview MyZyrcon Di Pantai Timur (Kelantan,Terengganu Dan Kuantan)

Salam satu Malaysia untuk semua usahawan diseluruh tanahair...!!

Entry hari ini saya akan cuba kongsikan dengan anda semua...serba sedikit catatan pengalaman Team MyZyrcon sepanjang perjalanan ketika mengadakan sesi preview Produk MyZyrcon di Pantai Timur (Kelantan,Trengganu dan Kuantan).

Terlebih dahulu saya...Bannie Mohd @ Zyrcon My,Sdr Rospie Abd Karim (Our CEO),Sdr Amir Jaafar (Our IT Manager),Sdr Syed Zain (Our Financial Manager),Sdr Maswan Ramlan (Our General Manager) dan Sdr Endra Faizal antara yang terlibat dalam sesi preview Produk MyZyrcon ke Pantai Timur kali ini.

Saya,Sdr Rospie dan Tuan Syed bertolak dari HQ-Zyrcon International Sdn Bhd di Taman Setia Tropika lebih kurang jam 12.20 malam.Kami bertiga memulakan perjalanan dengan menjemput Sdr Amir dan kemudian kerumah Sdr Maswan yang mana Sdr Faizal juga telah sedia menunggu.Perjalanan kami agak selesa kerana kenderaan yang digunakan sememangnya agak besar (Toyota Alphard 2.4) kepunyaan Tuan Syed Zain.

Kenderaan dipandu selesa oleh Sdr Amir....rehat dan makan di Endau sambil tengok bola(Piala Dunia).Perjalanan kami diteruskan...Sdr Maswan mengantikan Sdr Amir sebagai pemandu.Kami tiba di jalan Jerangau-Jabor lebih kurang jam 5.30 pagi.Solat di hentian rehat Jerangau-Jabor.Sarapan di Hulu Terengganu....dan tiba di bandar Kota Bharu jam 12.30 tengahari.Semua kepenatan...penat duduk...he..hee..!!

Berpusing-pusing juga sekejap...kerana gagal mencari lokasi yang telah ditempah lebih awal oleh orang kuat kami di Kelantan...Sdr Radzi.Akhirnya setelah hampir 1/2 jam ronda-ronda...Kelantan Trade Centre (lokasi yang dicari) berada didepan mata...Alhamdullilah.Kami menginap bersebelahan Kelantan Trade Centre... di Chantique Villa.
Seperti yang dijanjikan...tepat jam 8.30 kami memulakan majlis.Segala-galanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.Majlis tamat jam 12.30 malam...terus pergi makan dengan Sdr Radzi and the Geng.Sambil makan...Sdr Radzi and the Geng sempat berbincang dengan our CEO strategi seterusnya untuk business preview yang akan datang.

Setelah semuanya selesai..kami kembali ke hotel lebih kurang jam 4.00 pagi.Tidur..la apa lagi...!!Selepas makan tengahari..jam 2.00 petang kami mula bertolak ke destinasi seterusnya..Kuala Terengganu.Dalam perjalanan ke Kuala Terengganu..kami singgah sekejap dirumah keluarga Sdr Amir...kalau tak silap saya...Kampung Batu Rakit.Jam 6.00 petang terus ke Ibai Inn,berhampiran Masjid Terapung Kuala Ibai,Masjid ni memangg menjadi kebanggaan dan kemegahan rakyat Terengganu.

Jam 7.00 semua dah ada dalam bilik...rehat sekejap..mandi dan terus ke dewan yang telah ditempah lebih awal oleh Sdr Baharum...wakil Zyrcon di Kuala Trengganu.

Majlis bermula agak lewat kerana menunggu jemputan yang lewat tiba.Alhamdullilah segalanya berjalan lancar.Majlis tamat jam 12.30 malam.Terus pergi makan diwarung Abang Joe dan kembali ke hotel jam 4.30 pagi.Lepak...!!

Keesokan hari..destinasi seterusnya Annexe Resort,Kuantan.Selepas makan tengahari ditemani Abang Joe,Ayah Wan dan rakan-rakan di Kampung Marang...kami terus menuju ke Kuantan.Dalam perjalanan...singgah di Kampung Kelulut...makan keropok lekor.Jam 6.30 tiba diKemaman.our Financial Manager...teringin nak makan "satar" so....agak lewat kami tiba di Annexe Resort.
Jam 9.00...Abang Man dan jemputan di Kuantan tiba.Kami teruskan majlis macam biasa.Tepat jam 12...majlis tamat dan kami menjamah hidangan yang disediakan pihak resort.Jam 3.00 pagi terus ke Kuala Lumpur.Kami selamat sampai di Kuala Lumpur lebih kurang jam 6.30 pagi.Check in kat sebuah hotel di Kuala Lumpur di belakang bangunan PWTC....mandi...dan tidur..zzZZZZZZrrrrr..!!

Jam 4.00 petang sarapan merangkap makan tengahari dan minum petang.Jam 8.30 malam kami ke  Damansara untuk berjumpa Sdr Musha (penasihat syarikat).Makan dan minum sambil tengok bola (Piala Dunia).Tepat jam 12.30 malam kami bertolak balik ke Johor Bharu.Jam 6.30 pagi kami selamat tiba kerumah masing-masing.

Alhamdullilah...keseluruhan perjalanan pergi dan balik kami...tiada sebarang masalah.Tujuan sebenar sesi preview ini...selain memperkenalkan produk Zyrcon..pihak syarikat juga ingin mendapatkan agen atau wakil-wakil jualan bagi setiap negeri untuk memasarkan produk Zyrcon ini.Untuk itu....disini saya dengan segala hormatnya menjemput pembaca  semua untuk menyertai kami di Zyrcon International Sdn Bhd.

Beberapa demonstrasi produk Zyrcon yang sempat dirakamkan...lihat video dibawah.

Testimoni MyZyrcon - Kelantan Trade Centre,Kota Bharu,Kelantan (Part - 1)


Testimoni MyZyrcon - Kelantan Trade Centre,Kota Bharu,Kelantan (Part - 2)

Testimoni MyZyrcon -Ibai Inn,Kuala Terengganu

Untuk testimoni bergambar pula anda boleh lihat di Facebook-MyZyrcon.Tinggalkan komen anda disana.Hanya dengan komen dan kritikan anda lah yang akan membantu kami dalam meningkatkan mutu,prestasi dan perkhidmatan kami.Pastinya kami akan mengambil kira semua pandangan anda...TQ

Cukup untuk hari ini..Insyallah....saya akan kongsikan lagi catatan perjalanan kami pada masa akan datang.!!Pada yang berminat dengan apa yang ditawarkan diblog MyZyrcon ini...boleh terus hubungi saya melalui email atau no - 017-7536507-Bannie.

ps: Petikan kata kata hikmat Prof. Dr. Hamka:
  "Peluang yang besar itu datang secara tiba-tiba.....datang tidak menentu masa.....datang disaat kita kesempitan atau kesusahan. Nilailah peluang itu dengan secara bijaksana. Rebutlah peluang yang besar itu, kerana peluang yang besar itu boleh berlalu dengan tiba-tiba. Jangan jadikan Seribu Alasan untuk tidak merebut peluang yang besar itu!”

pss : Kalau rasa berminat untuk menjalankan perniagaan ini..anda boleh terus mendaftar secara percuma di laman web MyZyrcon.Com.My....dan boleh mula mempromosikan perniagaan Zyrcon anda samada secara online atau pun offline.Untuk promosi produk Zyrcon secara online anda akan diberi sebuah laman web replika...manakala secara offline pula...beberapa tools seperti flyers dan lain-lain akan dibekalkan.So....jangan buang masa...DAFTAR SEKARANG..!!

Related Posts with Thumbnails