| ]
Buzz It



Salam Ramadhan dan Salam Kemerdekaan untuk semua warga Zyrcon....

Dah lama tak update blog nie...hari ini saya akan kongsikan sedikit info dan pengalaman saya berbuka puasa bersama rakan-rakan (network) di Zyrcon International Sdn Bhd.

31 August 2010....sempena hari kemerdekaan tanahair kita yang dicintai...kami di Zyrcon International Sdn Bhd telah mengadakan majlis berbuka puasa khas untuk semua ahli.......seperti yang dirancang...tepat jam 6.30 jemputan mula tiba..antaranya Zairol,Erry Hairani,Amir Jaafar,Zyrcon Sms dan ramai lagi yg tak dapat saya nyatakan semuanya disini.Sebenarnya...saya,Rospi dan Endra Faizal datang lebih awal bagi memastikan segala persiapan untuk berbuka ini siap.

Syed Zain.....our Financial Director tiba dari Kuala Lumpur tepat jam 6.20 ptg,bersama isteri dan anak-anak.Hidangan nasi beryani kami pada hari ini juga dari Kuala Lumpur...!!

Jam 6.45...Ustaz Usamah (Pendakwah Bebas) bersama beberapa rakan pendakwah dari Pakistan pula tiba.Sambil menunggu waktu berbuka mereka berbual antara satu sama lain.Tiba waktu berbuka...doa dibaca oleh Ustaz Usamah.Kami hanya berbuka dengan beberapa biji kurma dan segelas air.10 minit kemudian kami semua ketingkat atas untuk menunaikan solat Maghrib yang diimamkan oleh Ustaz Usamah.

Alhamdullilah selesai solat Maghrib....kami semua turun makan sambil berkongsi idea dan perancangan dalam menjalankan perniagaan ini.Setiap orang mungkin ada cara masing-masing untuk suksess dalam bidang atau perniagaan yang diceburi.So...waktu sebeginilah yang paling sesuai untuk kita berkongsi ilmu dan pendapat.

Disini...saya sertakan beberapa gambar yang sempat dirakam...khas untuk tatapan anda semua.











Majlis kami tamat jam 11.00 malam.
Akhir kata...saya Bannie Mohd...mewakili pihak syarikat ingin mengucapkan ribuan terimakasih pada semua rakan-rakan yang hadir atas kerjasama dan sokongan yang diberi bagi melancarkan perniagaan ini.Kami amat mengharapkan sokongan dan kerjasama ini akan berterusan dari masa kesemasa.Insyaallah..!!

Andai ada sebarang kesilapan dari pihak kami di Zyrcon International Sdn Bhd....jutaan maaf kami pohon.Segala yang silap itu adalah kelemahan diri kami dan yang baik itu datangnya dari Allah jua.Sebelum undur diri..serangkap pantun dari saya....

Terima kasih ucapan diberi,
    Jasa dikenang takkan ku lali,
Hanya itu yang dapat kami kongsi,
    Majlis berjalan sukses sekali

Ps: Anda juga boleh menyertai kami di Facebook,Twitter atau YouTube.


Jumpa lagi...he...he
Ikhlas Dari www.myzyrcon.com.my
Aslkm...!!

Related Posts with Thumbnails